Saturday, March 19, 2011

Family Day KWDI


Patutnya entry ni on air dulu tp sb lama sgt peram and lupa n bz ngan keje so x sempat on air ontime haha

Xpe lah janji masyuk jugak..
Event ni pada 5 Mac 2011 yg lepas.. buat kat TTC
Aku g sensorang je sb My Sconjar keje
Bosan le.. xde gang seb baik ade jugak staf lain yg dtg without spouse

Tp sb sgt ramai game pun x byk sgt le..
Crowded beb!!!
Aku prefer yg Jabatan sahaja.. x campur2 ngan yg lain sb lagi harmoni org kata haha
Tp yg tu dah lepas leh refer sini
Part II coming soon... leh g jenjalan hahha semoga My Sconjar pun ade ms ni kalau x malas le aku nak g sensorang..
Sape nak bawak brg aku kah kah kah

Ni acara tahunan KWDI.. ni yg tahun lepas nye br buat bln 3

Ketibaan org yg nak rasmi dan nak cabut grand nye hadiah lucky draw
X yah bitau le sape kan dah kenal.. diiringi oleh Datuk SS

Ok dia dah naik pentas.. masing2 berharap nama akan dipanggil kah kah
Sape x nak hadiah free kan.. hahaha aku aim iPad or Samsung tablet tu je wakaka

Ok ni Hadiah Utamanye.. Moto tp aku x nak ni hahaha

ha nampak tak tu? ada iPad, tablet samsung, camcorder, tv 42inci, home theatre,washing machine, peti ais, lorenzo sofa.. Grand nye hadiah ada 10 je.. Sponsored by dato'2 dan jabatan2
So haha x yah mimpi la

Yg lucky draw biasa ada 300 je.. seme penyertaan dlm 1200 so lucky jugak la aku hari tu hahaha dapat ni je hah.. ok le tu dr x dpt langsung kah kah kah pastu dapat hadiah towel putih selai sb main congkak utk jabatan kah kah kah.. lupa nak amik pic towel mls dah selongkar lemari.. ok le tebal mcm towel hotel..

Ni plak door gift ms register.. thn lps dorang ckp bg beras thn ni bg MILO plak
Minum MILO anda jadi sihat dan kuat hahha mmg stok setahun la milo aku, yg dpt ms Family Day jabatan pun x bukak lagi campur yg 2 kg yg sedia ada dah kat umah x luak lagi kahkahkah thn depan aku cadangkan bg Dynamo yg plg besar plak kah kah ok apa?
Jemat x yah g Sabasun beli sabun

Pas lunch terus cabbut g Giant acara soping menyopim disambung
hayya lupa hr tu Saturday.. no plastic bag so jimbit la brg2 aku haha
Seb baik akak kat booth tware bg plastik, tu pun sb aku dah menyopim tware kat dia pulok!!
Aduis sgt teruk la 2 bln kebelakangan ni aku beli tware out of limitsssssssss
Pastu mule la xde tmpt nak store the tware tu.. nati aku uplot lg entry tware hahha

Ok malas nak citer panjang korang baca je lah news yg aku amik dr portal negeri ni
News by UKOM

Cabutan MB Beri Tuah Kepada Azam


Ahmad Azam (kiri) ternyata bertuah apabila mendapat hadiah utama berupa sebuah motosikal Yamaha LC 135 bernilai kira-kira RM6.300 pada Hari Keluarga Kelab WDI yang disampaikan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said. - Gambar oleh Zulkipli Putra.

Oleh : AIDA ABD RAHMAN

Tuah memihak kepada Ketua Pembantu Tadbir Kewangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) apabila mendapat hadiah utama berupa sebuah motosikal Yamaha LC 135 bernilai kira-kira RM6,300 dalam acara cabutan bertuah sempena Hari Keluarga Kelab Wisma Darul Iman 2010, di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini (5 Mac).

Peserta bertuah itu, Ahmad Azam Hitam, 45, dari Kampung Hiliran Masjid, Kuala Terengganu yang pertama kali mendapat hadiah dalam acara cabutan bertuah sejak berkhidmat 21 tahun lalu di Pejabat SUK Negeri, tidak menduga dua nama terakhir yang dicabut Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said memihak kepadanya sebagai pemenang hadiah utama.

Hahaha glamer Nadzir.. koyok bawang kategori bapak2.. masuk berita

“Syukur Alhamdulillah. Pertama kali sejak lebih 20 tahun berkhidmat di Pejabat SUK rezeki memihak kepada saya pada tahun ini.

“Saya bercadang menggunakan motosikal pertama milik saya ini sebagai kenderaan untuk berulang alik ke tempat kerja,” katanya.

Menteri Besar meluangkan masa hampir sejam di majlis itu, berkesempatan mencabut dua nama terakhir yang bertuah serta menyampaikan hadiah berupa sofa dan motosikal sebelum bergegas bagi menyelesaikan urusan rasmi lain di pusat Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kerdau.

Menteri Besar dalam ucapan ringkasnya sebelum itu, berharap supaya majlis seumpama itu menjadi medan bagi mengeratkan hubungan di kalangan kakitangan serta pegawai kerajaan.

Hubungan yang baik itu katanya, diteruskan pula apabila berurusan dengan masyarakat luar dan memberi perkhidmatan terbaik supaya imej sektor awam sentiasa baik dan dihormati semua pihak.

“Ia juga selaras dengan konsep `Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ , di mana rakyat diutamakan dan mereka akan berasa lebih selesa dalam apa jua aspek,” katanya.

Selain dua hadiah utama itu, lapan hadiah lain bagi `grand finale’ termasuk I-Pad, TV LCD, `set home theater’, kamera video, mesin basuh, peti sejuk dan Samsung Galaxy.

hohoho saya duk selang se kerusi je dr bdk itu haha seb baik x masuk gambau

Kira-kira 3,000 kakitangan termasuk ahli keluarga masing-masing hadir ke majlis yang menyediakan lebih 300 hadiah cabutan bertuah itu.

Antara acara yang disediakan termasuk penyampaian hadiah kepada anak-anak kakitangan yang cemerlang dalam peperiksaan awam 2010, kakitangan yang akan pencen dan sukaneka untuk kanak-kanak mahupun dewasa seperti meniup belon hingga pecah dan mengupas bawang.

Pada malam sebelumnya diadakan pertandingan karaoke yang disertai lebih 30 kakitangan KWDI yang mewakili kelab masing-masing dan berjaya tampil dengan bakat serta gaya tersendiri.

Unit Komunikasi Negeri

No comments: