Tuesday, February 15, 2011

My Jalapeno Cheese

Ok kita bersiaran dari dapo lagi ye tuan tuan puan puan
Just apdet how i used Jalapeno Cheese
Alhamdulillah so far demand sgt memuaskan yg penting rasa dia amat best
Stok pun tgl 2 3 peket je lagi.. nanti kene re order balik
X nak komen byk2 la korang try la sdirik nanti kan kata aku promote lak haha
Okes layanzzzzzzz


Ni rupe JC powder ni

Then bancuh dgn air panas.. yg br boiling oke..
Aku kacau dgn whisker sng siket sekata

First try, nak makan dgn wedges ni
Ni wedges br goreng.. malas nak buat sdirik aku beli kat Giant je
Kalau rjn boleh buat sdirik, ni resepi dia.. tq MyResepi

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 biji putih telur - dikocok
  • Tepung gandum secukupnya untuk salut
  • Garam

Cara-cara

  1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
  2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
  3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
  4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
  5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
  6. Hidangkan panas² bersama sos JC & mayonis.


Ni aku buat utk minum petang baru ni


Ni plak buat 2nd time.. hahaha makan je kije nya
Yummy sm mcm keefci yg penting boleh taruk sos byk2


Ni cendawan goreng crunchy nama dia
My hubby sgt suker.. sgt crunchy
Resepi dia kene pakai tepung gandum, tepung beras, yogurt, serbuk cili, garam dan air
Sng je buat nye tp sgt best
Cume waktu goreng tu agak mencabar siket
Silap2 boleh rentung cendawan tu dan melekat di pan
Hahaha


Pastu cendawan tu cicah ngan sos cili dan taruk JC
Wessssss terliur la plak tgh2 taip ni kene buat plok ni

Ni plak aku pakai JC ganti mozarela cheese waktu buat Taco Sardin baru2 ni
Taco sardin ni mmg fully aku yg reka resepi dia hahhaa
Nanti aku free aku apdet resepi dia sekali dgn ayam masak oyster.
Tu pun aku campak2 bahan jd la my signiture dish hahaha

Oke sekian laporan hari ini
Bubye!!

No comments: