Saturday, March 5, 2011

Wish List 2011.. Sooooo Cool Bebeh!!


Semoga tercapai kah kah kah

iPad2 dah launching pd 4 Mac 2011 kat US
Ish gatai je tgn ni..
Bila nak sampai Mesia ni
Automatik iPad lama dah turun harga almost rm200
X terkejo ni..
Nanti dah ckp duit ms tu iPad3 plak kluo hahha
X terkejo wehhh
Tp akan diusahakan hahhaa
Sng ni nak bawak g memana nipis gilo
Henbeg pun muat ni untung henbeg beso2 :p
Pada yg berkenaan sila ambil perhatian...
My besday or anibesari pun ok gak kah kah kah




Ai nak cenggini.. white and with pinky cover!!
So comeyyyyyyy


See nipis kan.. Smart!! Sleek!!
Steve Jobs.. their founder


Coolsssssss bebeh..
leh tgk beso2 kat monitor ke tv ke
Ala2 camera gitu


Ni cover hot pink..
Ni dh lama pesen gini

Tgn sayakah itu?? Kah kah kah


White and Black
Ai nak white biar sm sepasang ngan iPhone hahaha


Ipad2 Spec


Price?? Not bad.. lbh krg iPad je




Smart Cover for iPad2..
Cool sungguh yg kaler candy2 tu..
Tapi in PVC..
Yang leather belah kanan..

MOOD : Bosang gile duk umah sorang2 hr cuti ni... Tension betul!!

More info from paper Utusan 4 mac 2011..
C&P je ni.. TQ

SAN FRANCISCO 3 Mac – Ketua Eksekutif Apple, Steve Jobs yang sedang bercuti sakit membuat kemunculan semalam untuk memperkenalkan versi iPad terbaru dalam usaha untuk mengekalkan kedudukan syarikatnya sebagai pengeluar utama gajet ‘tablet’ dalam pasaran komputer.

Jobs, 56, mengambil cuti sakit sejak Januari lalu akibat menghidap penyakit yang tidak dapat dikesan, dan membuat kejuan apabila muncul di atas pentas Teater Yerba Buena untuk memperkenalkan versi terbaru iPad.

Menurut Jobs, Apple sudah menghasilkan model iPad terbaru itu sejak sekian lama dan menjelaskan beliau tidak mahu ketinggalan dalam mempromosi keluaran gajet tersebut sambil mengatakan tahun 2011 merupakan tahun untuk iPad 2.

Ciri iPad 2 menampilkan reka bentuk yang lebih nipis dan ringan berbanding telefon pintar iPhone 4 serta dilengkapi kamera hadapan dan belakang bagi membolehkan pengguna berbual menerusi video selain menawarkan iMovie iaitu aplikasi untuk mengedit video, aplikasi GarageBand dan ‘Hot Spot’ yang membolehkan gajet itu mengakses internet menerusi talian tanpa wayar ke iPhone melalui hubungan telekomunikasi.

Jobs berkata, iPad 2 akan dijual dalam lingkungan harga AS$499 (RM1,547) sehingga AS$829 (RM2,570) sama seperti keluaran versi pertama dan dijangka akan diedar ke seluruh Amerika Syarikat pada 11 Mac ini, manakala bagi Jepun, Perancis dan Jerman, ia akan diedarkan pada 25 dan 26 Mac.

Menurutnya, prestasi iPad 2 ini lebih laju kerana menggunakan cip terbaru iaitu cip A5 dan memaparkan kualiti grafik yang lebih hebat.

Apple telah menjual hampir 15 juta unit iPad generasi pertama antara April hingga Disember dan mengaut keuntungan hampir AS$10 juta (RM31 juta). – AFP

Other article
http://www.hmetro.com.my/articles/iPad2masukpasaran/Article


No comments: